myspace layouts

...Hai...

Followers

Monday, August 9, 2010

ibu dan ayah ~4~

“nisah, awak dah habis kerja ker? Dah pukul berapa nie awak tak nak keluar makan dengan saya ke?’,

"dah habis cik aira, jom lah kita keluar cik aira tak kanlah saya nak tolak pulak kan, cik aira yang belanja kan?”,

“awak nia ada-ada jew, jom lah saya memang nak belanja pun”, tersenyum manisah akan kata-kata aira, bukan senang bos nak belanja staf. Mereka hanya berjalan kaki sahaja dari pejabatnya ke bukit bintang dari drive kereta yang sememangnya tak tahu untuk parkir di mana, lebih baik jalan sahaja. Jimat pun ea..

Sedang mereka berdua berjalan, manisah berselisih bahu dengan orang lelaki sehinggakan tubuh nya terdorong untuk tersungkur ke tanah”,

“Hoi!! Buta ker? Mata letak kat mana lutut?!!”, sekali lelaki itu berpaling manisah seakan begitu marah sekali..

“ooo kau rupanya, hoi!! Beruk kat sini bukan zoo taw tak, sini Bandar lain kali nak berjalan pakai kaki, mata tengok orang, bukan berjalan pakai tangan ngok...”,

"saya mintak maaf anisah, awak ok tak? Sakit ker? Luka tak? Saya tak sengaja, saya mintak maaf ok!”,

“Dah tak payah nak ambik tahu, tepi aku nak jalan sibuk jew”,
Aira membantu manisah, tetapi aira tidak mahu masuk campur apabila dia perasan manisah mengenali lelaki tadi Cuma tidak tahu mengapa manisah begitu marah sekali dengan lelaki itu.

“jom nisah kita seberang jalan, kita pergi makan dekat restoran Johnny ea, situ sedap juga makanan thai”,

“ok jew cik aira thai pun sedap jugak, jom”,

“ok kita dah sampai pun, fuhh panas betul kat luar, kat sini sejuk sikit tenang pun ea”,

“awak nak order apa manisah?”,

“saya makan nasi goreng thai okay tak cik aira?”,
“suka hati awak lar manisah”,

“ermm kalau macam tu saya ambik yang set punya lar cik aira”,

“ok, saya pulak beehon goreng thai lar yang set jugak”,
“itu saje jea cik? Tak nak tambah apa-apa lagi ?”, pelayan itu bertanya kan lagi mana tahu kot nak tambah apa-apa lagi menu.

“tak apa itu sajer, saya badan kurus jew tak makan banyak”, tersenyum pelayan itu mendengar kata-kata manisah, aira pun turut tersenyum, ceria sedikit. Pelayan itu berjalan meninggalkan kami setelah selesai mengambil order.

“manisah kalau saya Tanya awak jangan marah ok?”, saja berbual sementara menunggu hidangan sampai.

“lar.. cik aira tak Tanya lagi macam mana saya nak marah?”,

“haha.., awak nie manisah ada jer benda nak kenakan sya kan?”, tergelak mereka berdua, seronok bermersra begitu tidak Nampak jurang pun antara staf dan orang atasan.

“saya gurau jer cik aira, ha! Apa yang cik aira nak Tanya, kalu saya boleh jawab, saya jawablah”,

“lelaki yang terlanggar dengan awak tadi tu”, bila sebut jer pasal lelaki tadi terus muka manisah berubah.. hurmm mesti ada sesuatu yang tak kena nie.
“kenapa dengan lelaki tu cik aira’,

“tak ada apa, Cuma saya perasan awak macam kenal dan macam marah sangat jew. Kenapa manisah?”,

“tah lar cik airapayah saya nak cakap”,

“hurmm senang-senang kan lah manisah hehe..”, dalam pada itu aira sempat juga bergurau dengan manisah, belum sempat manisah membuka mulut untuk bercerita lanjut, makanan pun kebetulan sudah sampai.

“this is your meal, enjoy ok!”,

“ok, thank you!”,

“makan lah dulu manisah, nanti kita cerita ea”,

"Ermm ok jugak tu, makan lar dulu nanti kalau dah bercerita pasal beruk tu tak lalu makan pulak saya”,

“haha,.. awak ni manisah.. ada-ada sajer awak nie ea”, masing-masing diam tidak berkata apa-apa, sambil menikmati makanan di hadapan nya, sungguh enak rasanya.. tambahan pula suasana disini begitu aman sekali..


                                                         ************************


p/s : harap pengunjung-pengunjung setia blog iera ni sudi membaca cerita yang xseberapa nie..
       kalau ada yang salah sudi-sudi kanlah untuk menegur dan kalau ada yang xsuka harap suka-suka kanlah
       ea... mintak maaf banyak andai telah melukakan hati korang semua ea....

0 kata anda:

Related Posts with Thumbnails

...ermm...