...Hai...

Followers

pengikut ....

Thursday, August 26, 2010

ibu dan ayah ~ 6 ~

“ayah dan ibu, ayah dan ibu,.. itulah permulaan kami melihat bulan dan matahari aaa....”, cepat-cepat aira mengangkat handphone nya apabila mendendangkan lagu sudirman, ayah dan ibu. Itulah tanda ringtone yang di letak kan apabila ibu nya di kampung menelefon nya.

“Assalammualaikum anak ibu”, suara ibu kendengaran dahulu memberi salam. Girang sekali.

“waalaikummussalam ibu, kenapa tiba-tiba ibu telefon aira bu, ibu sakit ker? Ayah sihat ke bu?”, begitu banyak soalan yang di lontarkan aira.

“ibu tak ada apa-apa, ibu sihat, ayah pun sihat,.. ishh aira tok sah risau lar ea aira”, aira turut mengurut dadanya, entahlah sejak akhir-akhir ini selepas pulang dari bercuti lain benar perasaannya..

“aira dah makan ke sayang”,

“belum bu, eh maksud aira makan malam yang belum bu”,

“eh dah pukul berapa ni, dah pukul 8 taw. Kenapa tak makan malam lagi”, risau menjelma dihati manakan tidak anaknya yang nun jauh di mata belum menjamah makan malam.

“ermm nanti aira makan lar bu, aira baru balik kerja nie, baru nak masuk rumah bu”,

"lambat aira balik kerja, banyak sangat kerja ker sayang’,

“tak ada lar banyak sangat bu, jalan jem lar bu. Lepas tu takut terlepas maghrib aira singgah kejap masjid solat dulu”,

“ermm baguslah macam tu aira. Nie nanti makan apa malam nie”,

“entah lar bu, kalau ibu ada dekat sini sedap sikit makan nya bu”,

“ha! nie ibu telefon aira ada apa-apa yang ibu nak bagitahu ke?”,

“lupak pulak ibu, nie ha ibu ingat sabtu depan ibu nak pergi kuala lumpur lar aira”,

“nak buat apa datang kuala lumpur bu?”,

“YA ALLAH, YA RABBI.. budak bertuah nie, nak pergi rumah aira lar, nak jumpa anak ibu nie”,

“lar yeke. Ingat nak datang rumah siapa pulak’,

“habis tu ibu mana ada besan nak di ziarah aira oi..”,

“ish ibu nie,.. sampai ke besan pulak ceritanya, malu lar aira bu”,

“ada pulak nak malu. Anak ibu nie.. ermm dah lar sayang, ibu nak bagitahu itu jew lar..nie aira pergi mandi dulu ea”,

“hehe yes!!! Ibu datang sini.. hehe, ibuuuu suruh ayah petik daun ulam bu. Bawak datang sini ea bu”.

“ea lar aira. Ayah kamu tu dah tahu, siap di tulis nya lagi apa yang nak di bawa”,

“dah lar tu, aira sayang pergi mandi taw”,

“baik bu, bu kirim salam kat ayah taw bu,.. assalammualaikum bu”,

“waalaikummussalam sayang, selamat malam”,
“selamat malam bu,.. muaahh”,

“ermm macam budak-budak”,

tergelak aira apabila ibunya mengatakan dia macam budak-budak. Talian di matikan dan dia menuju ke ruang bilik air, ingin membersihkan diri. Selesai membersihkan diri aira merehatkan tubuhnya sebentar di kamar.

                                                              **********

“aku ingin menjadi sesuatu dalam tidurmu,...... adoi lar siapa lar telefon malam-malam buta nie”, bunyi telefon mengangu tidur aira.

“helloo... erm erm nak apa nie? Dah pukul berapa nie, orang nak tidur lar’,

“eh!! Sorry kacau awak tidur. saya saja nak sembang dengan awak. Tak tahu pulak awak dah tidur. Tapi awal lagi nie baru pukul 9.30 malam. Awak dah makan?”,

“sorry saya letih, tertidur da.. belum makan lagi. Lepas mandi tadi tertidur pulak. Ermmm tapi siapa nie ea? Tak kenal lar...”,

“eh sorry lupa nak kenalkan diri. Saya anak datuk pengarah. CEO, en khairul”,

“lar en khairul ada apa nie, esok kita ada meeting kan? Esok je lar kita bincang pasal perbelanjaan projek tu”,

“lar aira bukan saya nak bincang, saya sajew nak kacau awak nie, nak sembang”,

“ermm tapi saya mengantuk sangat nie”,
“ermm tak pe lah awak, esok je lah kita cakap ea,.. sorry again disturb you aira”,

“its okay bye”, terus aira matikan talian telefon.

“huh.. saje je nak jual minyak malam-malam nie, hurmm kruikk,kruikk.... alamak perut berbunyi lar, ini semua pasal telefon la,.. ermm nak makan apa ea? Awal lagi nie pesan pizza lar senang sikit”, meradang jugak tapi perutnya berbunyi minta di isi terus terjaga.. Tidak dapat meneruskan tidurnya. Nombor pizza hut di dail memesan pizza.

                                                    
                                                                 **********

P/s : kawan- kawan harap dapat bagi tunjuk ajar.. mintak maaf kalau ada salah.. harap dapat komen dari kawan-kawan semua ea... terima kasih yang tak terhingga iera ucapkan... cayang u all... hehe

Novel : Aku tetap menunggumu :: 2 ::



salam semua,.. cerita yang dah lame tergantung menyepikan diri , aku tetap menunggumu.. sudah kembali beroperasi di blogini... untuk membaca kisah selanjutnya rajin-ajin kan lah ea.. ke blog http://akutetapmenunggumu.blogspot.com/

terima kasih semua ea...

salam sayang,
ierasyamiera

Tuesday, August 24, 2010

ucapan besday dari mr secret..


Semoga Panjang Umo, murah rezeki....
Dicucuri Rahmah n Mawaddah Dari Allah SWT...
Jangan Nakal2...
Dah besar da..boleh jadi isteri orang, ekekkee....
Selamat Menyambut kelahiran yang ke 24 ya eira....













                    Salam sayang Mr.Secret n kak nurul

p/s : mr secret n k.nurul.. time kasih sangat2 diatas ucapan ini..
       huhu terharu r first time ada owg ucap secara live kat blog cmnie,..
      habih lar terbongkar ler rahsia ku.. hehe..

Monday, August 23, 2010

ibu dan ayah ~ 5 ~

p/s : salam ramadhan.. hai semoga pengunjung2 blog iera nie sudi membaca cerita yang xseberapa nie..
       mintak maaf makin lambat pulak,.. mungkin ada yang da borink.. sorry sangat2 ea.... oklah semoga
       enjoy ek.. bubye selamat berbuka puasa..hehe


selesai makan, aira meminta pelayan itu membawa dessert aiskrim pula. Masa itulah manisah cuba untuk bercerita.

“cerita nya macam nie cik aira”, aira sudah menghadap manisah betul-betul walaupun tanganya masih menyuap aiskrim sedikit demi sedikit ke dalam mulut.

“lelaki itu namanya mohd shaharizam, kekasih saya dulu”,

“kekasih!!”, aira sedikit terkejut. Seakan tidak percaya.

“cik aira relaks lah. Itu dulu”,

“ok sorry hehe. Sambung cerita ok”,

“dia kekasih saya tapi kami da putus sebab dia tak boelh terima keluarga saya cik aira”,

“tak boleh terima keluarga awak maksudnya?”,

“dia tak boleh terima mak saya, ayah saya dan juga adik-adik saya cik aira”,

“ermm kenapa pulak macam tu”,

“entah, saya pun malas nak amik tahu pasal dia cik aira, sejak dia kata tak suka dengan keluarga saya, saya terus putuskan hubungan. Dia bukan suami idaman saya cik aira”,

“saya pun tak suka juga macam tu manisah, bagi saya lelaki idaman yang boleh dibuat suami, adalah yang boleh terima keluarga kita seadanya, dia tak boleh lar suruh kita buang keluarga hanya disebabkan untuk berkahwin dengan dia, saya memang cukup benci lelaki macam tu, nasib baik awak tak kahwin dengan dia manisah”

“saya bukanlah awak yang kejam, saya sayang mak, ayah dan adik-adik saya, bagi saya merekalah nyawa dan kehidupan saya, tanpa mereka siapalah saya”,

“saya setuju dengan awak manisah, bagus betul saya dapat staf macam awak ni”,

“hehe saya pun seronok dapat orang atasan macam cik aira nie”,

“manisah, kalau tak keberatan saya nak tanya lagi “,

“lar cik aira, tanya jew lar. Saya sudi menjawabnya”,

“kalau awak rindukan mak dan ayah awak, apa awak nak buat untuk hilangkan rindu tu”,

“saya pun pernah juga rindu dulu pada keluarga saya, satu hari saya dapat akal belikan computer letak dekat kat kampung, siap pasang internet dan webcam, saya ajar adik saya mecam mana nak bersembang dengan saya melalui ym. Dan masa itulah saya dapat dengar suara mak, ayah dan adik-adik. Bukan dengar jew cik aira siap boleh tengok lagi. Maklumlah saya kerja cari rezeki cik aira. Kenapa cik aira tanya saya macam tu”,

“saya tak ada apa-apa Cuma sejak balik dari bercuti di kampung, saya masih rindukan lagi dekat keluarga saya. Macam saya mana ada adik-beradik, mak dan ayah jew kat kampung. Cuma ayah jer lah yang tahu pasal internet nie tapi ayah saya jarang nak ber YM dengan saya selalu ber YM dengan pokok dia kat kebun”,

“haha.. ayah cik aira ber YM dengan pokok, adeh biasalah cik aira orang tua bukan nak sangat ber YM nie”,

“habis macam mana kalau cik aira nak tengok muka mak dan ayah cik aira?”,

“kadang-kadang saya balik kampung lar tapi kalau sibuk saya telefon jer..”,

“hurmm cik aira nie mesti sayang sangat dengan mak ayah kan”,

“mestilah sayang, saya mana ada mak ayah lain”,

“eh dessert pun da habis cik aira, dah pukul 1.45 nie jomlah kita gerak cik aira”,

“hurmm jomlah manisah nanti lambat pulak”,
Aira memanggil pelayan untuk meminta bills, selesai membayar mereka berjalan menuju ke pintu keluar.

“thank you miss, please come again”,

“welcome”, masing-masing tersenyum dengan layanan perkerja disitu.mesra sekali.


                                                      ********************

Monday, August 16, 2010

Bulan Ramadhan menjelma lagi...


assalammualaikum dan salam sejahtera di ucapkan..
sempena hari baik bulan baik ini, saya ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini andai iera ada mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan juga andai kekasaran yang telah berlaku..
di bulan yang mulia ini iera harap dapatlah kita membuat amalan yang sempurna yang tidak ada di bulan-bulan yang lain.. iera harap semoga kawan-kawan dapat lah bersama-sama dengan keluarga yang tersayang semasa berbuka puasa dan juga sembayang terawih.. dan akhir kata iera berdoa agar kawan-kawan dapat mengumpulkan sebanyak mana yang boleh amalan ketika di bulan puasa ini.. Amin..
P/s : kawan-kawan nanti berbuka puasa ingat jugak ea kat iera hehe....

Monday, August 9, 2010

ibu dan ayah ~4~

“nisah, awak dah habis kerja ker? Dah pukul berapa nie awak tak nak keluar makan dengan saya ke?’,

"dah habis cik aira, jom lah kita keluar cik aira tak kanlah saya nak tolak pulak kan, cik aira yang belanja kan?”,

“awak nia ada-ada jew, jom lah saya memang nak belanja pun”, tersenyum manisah akan kata-kata aira, bukan senang bos nak belanja staf. Mereka hanya berjalan kaki sahaja dari pejabatnya ke bukit bintang dari drive kereta yang sememangnya tak tahu untuk parkir di mana, lebih baik jalan sahaja. Jimat pun ea..

Sedang mereka berdua berjalan, manisah berselisih bahu dengan orang lelaki sehinggakan tubuh nya terdorong untuk tersungkur ke tanah”,

“Hoi!! Buta ker? Mata letak kat mana lutut?!!”, sekali lelaki itu berpaling manisah seakan begitu marah sekali..

“ooo kau rupanya, hoi!! Beruk kat sini bukan zoo taw tak, sini Bandar lain kali nak berjalan pakai kaki, mata tengok orang, bukan berjalan pakai tangan ngok...”,

"saya mintak maaf anisah, awak ok tak? Sakit ker? Luka tak? Saya tak sengaja, saya mintak maaf ok!”,

“Dah tak payah nak ambik tahu, tepi aku nak jalan sibuk jew”,
Aira membantu manisah, tetapi aira tidak mahu masuk campur apabila dia perasan manisah mengenali lelaki tadi Cuma tidak tahu mengapa manisah begitu marah sekali dengan lelaki itu.

“jom nisah kita seberang jalan, kita pergi makan dekat restoran Johnny ea, situ sedap juga makanan thai”,

“ok jew cik aira thai pun sedap jugak, jom”,

“ok kita dah sampai pun, fuhh panas betul kat luar, kat sini sejuk sikit tenang pun ea”,

“awak nak order apa manisah?”,

“saya makan nasi goreng thai okay tak cik aira?”,
“suka hati awak lar manisah”,

“ermm kalau macam tu saya ambik yang set punya lar cik aira”,

“ok, saya pulak beehon goreng thai lar yang set jugak”,
“itu saje jea cik? Tak nak tambah apa-apa lagi ?”, pelayan itu bertanya kan lagi mana tahu kot nak tambah apa-apa lagi menu.

“tak apa itu sajer, saya badan kurus jew tak makan banyak”, tersenyum pelayan itu mendengar kata-kata manisah, aira pun turut tersenyum, ceria sedikit. Pelayan itu berjalan meninggalkan kami setelah selesai mengambil order.

“manisah kalau saya Tanya awak jangan marah ok?”, saja berbual sementara menunggu hidangan sampai.

“lar.. cik aira tak Tanya lagi macam mana saya nak marah?”,

“haha.., awak nie manisah ada jer benda nak kenakan sya kan?”, tergelak mereka berdua, seronok bermersra begitu tidak Nampak jurang pun antara staf dan orang atasan.

“saya gurau jer cik aira, ha! Apa yang cik aira nak Tanya, kalu saya boleh jawab, saya jawablah”,

“lelaki yang terlanggar dengan awak tadi tu”, bila sebut jer pasal lelaki tadi terus muka manisah berubah.. hurmm mesti ada sesuatu yang tak kena nie.
“kenapa dengan lelaki tu cik aira’,

“tak ada apa, Cuma saya perasan awak macam kenal dan macam marah sangat jew. Kenapa manisah?”,

“tah lar cik airapayah saya nak cakap”,

“hurmm senang-senang kan lah manisah hehe..”, dalam pada itu aira sempat juga bergurau dengan manisah, belum sempat manisah membuka mulut untuk bercerita lanjut, makanan pun kebetulan sudah sampai.

“this is your meal, enjoy ok!”,

“ok, thank you!”,

“makan lah dulu manisah, nanti kita cerita ea”,

"Ermm ok jugak tu, makan lar dulu nanti kalau dah bercerita pasal beruk tu tak lalu makan pulak saya”,

“haha,.. awak ni manisah.. ada-ada sajer awak nie ea”, masing-masing diam tidak berkata apa-apa, sambil menikmati makanan di hadapan nya, sungguh enak rasanya.. tambahan pula suasana disini begitu aman sekali..


                                                         ************************


p/s : harap pengunjung-pengunjung setia blog iera ni sudi membaca cerita yang xseberapa nie..
       kalau ada yang salah sudi-sudi kanlah untuk menegur dan kalau ada yang xsuka harap suka-suka kanlah
       ea... mintak maaf banyak andai telah melukakan hati korang semua ea....

Related Posts with Thumbnails

...ermm...

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

...bila hati terluka...