...Hai...

Followers

pengikut ....

Wednesday, June 30, 2010

Ibu dan Ayah ~3~

“selamat pagi cik aira”,

“Ea selamat pagi”, sepatah yang di sapa, sepatah juga yang di jawabnya, selalunya aira bukanlah begini sikapnya, aira peramah orangnya dan begitu baik terhadap staf-stafnya di pejabat.

“cik aira hari ini ok ker?, Nampak macam tak sihat sahaja?”, Pembantu peribadi aira,manisah mengambil keputusan untuk bertanya akan sebabnya aira muram hari ini. Manisah begitu ambil berat akan orang atasan nya, bukan apa selama hari ini bosnya juga selalu mengambil berat akannya bukannya dia hendak menjaga tepi kain bosnya pulak..

“saya ok hari ini manisah, tak ada apa-apa, Cuma penat sikit, kenapa manisah awak tanya saya?’, begitu sopan sekali menjawab pertanyaan stafnya, bukan seperti sesetengah bos akan marah stafnya jikalau banyak bertanya.

‘tak adalah selalu cik aira akan beli sarapan, macam-macam cik aira beli sampai kenyang saya kalau makan dengan cik aira, lepas tu tengah hari saya tak pernah pergi makan. Risau juga saya kalau cik aira tak makan sarapan macam selalu”,

“tak ada apa-apa lah manisah, Cuma nak tukar angin jew”,

“Eh manisah hari ini saya ada meeting kan dengan Board Director untuk saya bentangkan kertas kerja berkenaan dengan kewangan projek tu”,

“a’ah lar cik aira lupa saya nak beritahu, meeting tu di tunda ke hari esok petang katanya Pengarah ada hal lain, setiausaha nya yang email tadi lupa pulak saya nak inform cik aira”,

“tak apalah nisah, manusia tak lari dari sifat lupa, kalau macam tu hari ini tak adalah saya sibuk sangat kan?”, masih lagi bertanya pembantu nya mungkin untuk merancang sesuatu.

“a’ah cik aira hari ini dalam jadual tak ada meeting yang kena attend, boleh lah cik aira rehat sikit”,

“ok, apa kata nanti makan tengah hari awak makan sama dengan saya nak tak nisah? Atau awak ada temu janji lain?”,

“eh! Tak ada lah cik aira, saya mana ada temu janji lain, ok lah cik aira nanti saya keluar makan dengan cik aira ea”,

“ok! Jangan lupa ea”,

“yup, ok cik aira... saya keluar dulu ada kerja sikit nak buat”,

“baik nisah”, aira hanya memerhatikan sahaja langkah manisah keluar dari bilik nya. Menarik lafaz lega kerana boelh juga merehatkan badannya yang letih pulang dari kampung. Rasanya badannya sahaja yang berada di KL tetapi jiwa dan hati nya masih berada di kampung, walaupun cuti lama tapi masih belum puas lagi.


**********




...Khas untuk mr secret...


rainbow glitters


p/s : pelangi nie khas untuk mr secret... supaya hari-harinya akan indah didlm berusaha untuk memikat diana, semoga mr secret ceria-ceria selalu seperti pelangi yang indah warna nya,.. hope mr secret suka ea..
p/s : Mr Secret sila lah amik hadiah nie..



Friday, June 25, 2010

Ibu dan Ayah ~2~

“ibu, ibu, jangan pergi ibu, aira sayang kan ibu.... ibuuuuu “,

Aira terjaga dari tidur kerana tubuhnya di goncang dengan kuat oleh teman rumahnya yang terdengar akan igauan aira,
“aira!, kau ni kenapa? Bukan ke ibu kau ada kat kampung mana ada pergi mana-mana, aku rasa kau mungkin rindu sangat dengan ibu kau nie agaknya, tapi aku rasa kau baru balik jer kan dari kampung”,

“aku mintak maaf intan, aku Cuma teringat kat ibu aku jer, lagipun aku mana ada ibu lain lagi,..

Nie ha aku peluk kain batik ibu aku sampai terbawa-bawa dlm mimpi.. aku mintak maaf lar ea intan kalau aku terkejut kan kau,.. kau pergi lar tidur balik intan”,

“tak apa lar aira aku ok jer... betul nie kau tak ada apa-apa..? ‘,

“aku ok intan, thanks ok”,

“it’s ok lar no hal, aku sambung tidur dulu ea”,

“ok “,

Aira memandang sepi ke arah temannya yang keluar dari bilik ,.. aira pula kembali merebahkan tubuhnya.. tetapi matanya tidak kembali lelap, apabila sudah terjaga begini dengan mimpi buruk susah pula untuk melelapkan mata kembali..,
Akhirnya aira kembali terlena apabila dia berzikir, dan membaca doa...
Waktu subuh tadi aira bangun untuk menunaikan tugas sebagai seorang hamba Nya,.. selepas habis berdoa dia bertelengku sebentar di atas sejadah,..mengingat kembali mimpinya.. terus dia mencapai telefon bimbitnya menelefon ibunya..

“hello, assalammualaikum ibu,.. ibu tengah buat apa...?’,

“waalaikummussalam aira,.. anak ibu nie kenapa pagi-pagi lagi dah telefon ibu.. kenapa aira?”,

“alar saje jew nak kacau ibu pagi-pagi nie,.. ayah mana ibu..?”,

“ada kat kebun agaknya jalan-jalan tengok hasilnya...”,

“aira!..kenapa ni nak? Aira ada masalah ke? “,

“tak ada apa ibu, Cuma semalam aira mimpi kan ibu jer”,

“alah, aira tak ada apa lah tu, mimpi jer tu... jangan ikut sangat hati tu, nie aira xkeje ker sayang...”,

“aira keje ibu, kejap lagi aira pergi lah..”,

“ok nanti pergi kerja hati-hati ea sayang”,

“baik ibu!,.. ibu nanti kirim salam dengan ayah ea ibu..”,

“insyaALLAH aira nanti ibu beritahu ayah ea..”,

“ok lah ibu, aira nak pergi kerja dulu lar ea ibu,.. assalammualaikum ibu,...”,

“ea lah aira hati-hati.. waalaikummussalam..”,

                                                             ******************


p/s : harap layan ea cite nie...








Lagi artikel Untuk Dikongsi


Mudahnya Kehidupan
oleh : tinta barakah
editor : IskethaykaL



Sesungguhnya kemudahan akan disertai kesusahan. Itulah janji Tuhan kepada makhluknya yang menjadikan dunia ini berpasang-pasangan.


Kadang-kadang kita merasakan kehidupan ini menyusahkan, membebankan dan acapkali menyesakkan jiwa. Mengapakah terjadinya hal yang sedemikian? Mungkinkah kerana kita tersasar dari matlamat hidup kita?

Sebagai seorang Islam, cuba kita renungkan, apakah matlamat sebenar kita dilahirkan ke dunia ini? Adakah untuk memenuhi keperluan dan kehendak semata-mata? Sebelum itu mari kita lihat sejenak apa itu keperluan dan kehendak dunia ini.

Keperluan kita sebagai seorang Islam adalah beribadah kepada Allah. Adakah beribadah itu hanya tertumpu kepada rukun Islam yang lima sahaja? Tentu sahaja tidak, rukun Iman, fardhu ain, fardhu kifayah mestilah dilengkapi bagi memenuhi keperluan kita hidup di alam maya ini.

Sekarang, kita perhatikan pula kehendak dunia.

Keperluan dunia memenuhi ruang lingkup nafsu kita. Makanan yang enak, pasangan dan anak pinak, harta dunia dan tidak lupa juga kuasa. Bagaimana kita mahu mengharungi kehidupan dunia dengan menyeimbangkan antara keperluan dan kehendak? Kerana faktor ini, selalu sahaja kehendak mengatasi keperluan. Inilah hakikat yang menyesakkan jiwa dan nafas kita.

Baiklah. Mari kita teliti cadangan di bawah ini. Bagaimanakah caranya untuk merungkai kesesakan jiwa kita ini.

Pertama sekali, tentukan matlamat hidup yang sebenar. Sebagai seorang mukmin, AKHIRAT menjadi matlamat jangkamasa panjang kita semua. Keperluan dunia wajiblah dipenuhi bagi mencapai akhirat. Jika begitu, apakah kita mesti mengenepikan dunia? Tidak, ini amat berat dilakukan kerana dunia merupakan jambatan akhirat. lalu, harus bagaimana menghadapai dunia.

Sila ikuti saranan seterusnya.

Langkah kedua merupakan titik tolak bagaimana kita menghadapi alam fana ini. Kita haruslah meleraikan ikatan kita kepada dunia. Bagaimana caranya? Letakkanlah sahabatku, dunia ini di tangan kita bukannya di hati. Contohnya, kita punya harta yang banyak. Jika harta itu di tangan, kita akan mudah memberi. Jika di hati, hati kita akan mewujudkan perasaan tamak, kedekut, dengki malah iri hati jika harta orang lain lebih banyak daripada harta kita.

Lagi perumpamaan yang mudah. Kita telah sedaya upaya menjaga anak dari kecil hingga dewasa. Didikan agama tidak kurang sedikitpun. Didikan dunia pun kita seimbangkan untuk memudahkan urusan dunianya. Bila dewasa, kita telah hilang di hatinya. Betapa perit hati seorang ibu dan seorang bapa. Mengapa hati kita perit dan sakit? Kerana kita telah mengikat hati kita dengn anak. Sesungguhnya, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, hendaklah kita bertawakal kepada Yang Maha Esa. Bergantunglah kamu kepada Allah swt, bukan kepada anak ya, sahabatku.

Wahai sahabat, mampukah kita meletakkan dunia ini di tangan , tetapi bukan di hati. Berhijrahlah, ini suatu percubaan yang amat berat, susah tetapi amatlah menyenangkan hatimu sekiranya kamu, wahai sahabatku dapat melakukannya. Percayalah, bahawa dalam kesusahan ada kesenangan.

Kamu akan redha dengan apa sahaja takdir yang ditentukan. Kamu akan merasakan betapa mudahnya kehidupan ini. Marilah kita renungkan kata-kata di bawah ini dengan penuh penghayatan.

Jika kamu cinta kepada bunga, bunga akan layu. Jika kamu cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintalah kepada Allah swt, Allah swt akan mencintai kamu selama-lamanya. Tidakkah kamu terfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara. Di mana tak satu tempat atau apapun yang kamu boleh gantungkan harapan. Sengaja Allah swt menjadikan ini semua sebagai petunjuk, untuk menunjukkan kepada manusia, hanya Dialah tempat kita bergantung harap kerana Dialah yang kekal abadi.

   P/S : artikel untuk dikongsi sumber dr iluvislam



 

kata-kata


 

Wednesday, June 23, 2010

Kerinduannn...

Assalammualaikum...
Dalam Beberapa Minggu Nie, sy asyik tergilakan cerita yang disambung kembali oleh k.nurul,  meandsecretlove da sampai ke bab 30, dan akan dihentikan kerana akan berada di media cetak..

selalu waktu pagi selepas abis kerja sy akan membaca entry yang dimasukkan oleh k.nurul kalau tak ada entry sy akan berbual dengan k.nurul.. gile-gile gitu tah apa-apa sy nie.., tapi betul sy cukup tetarik dengan cerita nie, tertarik dengan bait-bait yang digunakkan oleh k.nurul.. sy tidak tahu mengapa, tapi hati sy begitu berkobar-kobar nak tahu siapa sebenarnya mr secret yang sebenarnya... sy amat berharap sgt mr secret dlm cite k.nurul nie adalah en edry... lagi sy ingin menyatakn sy juga tidak tahu mengapa hati ini begitu berkobar-berkobar ingin mengetahui kesudahan novel ini, adakah seperti hati ini yang menanti siapa yang sebenarnya bertahta di hati ini... aduhh jiwa ku kacau..

hati ini akan menjadi rindu dengan kemunculan entry baru tapi tidak mengapa kerana sy akan menunggu novel ini di media cetak nanti...

ku merindui mr secret..... (aceceh hehe )



Related Posts with Thumbnails

...ermm...

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

...bila hati terluka...