SINOPSIS Hati Adriana berdegup kencang, kerisauan jelas terpancar melalui wajahnya, manakan tidak kekasih hati nun jauh disana sedang menjalani pembedahan memasukkan besi di pangkal bahu akibat kemalangan jalan raya. Bahu kekasihnya patah akibatnya konon masa tengah bawak motor teringatkan dia, Adoi lar apa lar tak kan tengah bawak motor boleh jadi gila bayang. Bersalah mencengkam hati Adriana kerana dia kekasihnya ditimpa kecelakaan, terasa amat bersalah lagi apabila tidak berkesempatan untuk melawat kekasihnya nun jauh di Pulau Langkawi dan dia berada di Kuala Lumpur. Ingin ke sana tetapi apakan daya keadaannya yang begitu sibuk dengan kerja, belajar di peringkat ijazah dan menjadi Wedding Planner sambilan membataskan hasratnya kesana. Hanya mampu berdoa dari jauh, siang dan malam menadah tangan supaya kekasihnya selamat. Adriana yang dulunya pernah menolak cinta lelaki itu dikala ego dan degil menguasai diri, sekarang dia mengakui yang dia amat mencintai lelaki itu yang merangkap kekasinya sekarang, takut akan kehilangan lelaki itu di membuang ego jauh-jauh dan meninggalkan semua lelaki yang dahulunya menagih cinta darinya. Adriana bukan perempuan yang terlalu mudah untuk melafazkan cinta, dia selalu mempermainkan perasaan lelaki yang datang kepadanya kerana dahulunya dia pernah kecewa dan berdendam akan mempermainkan perasaan lelaki, namun kekasih hati yang seorang ini mengubah segala-galanya perangai Adriana. Sungguh keras hati Adriana. Namun hanya di sebabkan dia tidak mahu kehilangan lelaki yang seorang ini, dia telah buang semuanya dan setia kepada lelaki ini sahaja. Sampai manakah setia dan cinta Adriana kepada lelaki yang bernama MOHD FIRDAUS B. HAJI ABD RAHMAN…. Hanya Adriana sahaja yang mengetahuinya…. ~~~ Setia Ku korbankan~~~
0 kata anda:
Post a Comment