...Hai...

Followers

pengikut ....

Thursday, April 15, 2010

My Story : Artikel Untuk dikongsi


Aku Tinggalkan Dia Demi Allah
www.iLuvislam.com
daffodil
Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
 aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]
usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~



 p/s :  artikel ini sy amik daripada klik sini
           untuk dikongsi bersama...



Tuesday, April 13, 2010

My Story : Comel kan..


taktala melihat si comel ini hilang semua masalah yang kita lalui, kerana melihat anugerah Allah umpama melihat kebesaran ALLAH S.W.T


Apabila si comel tidur macam-macam gelagat dan aksi yang boleh kita lihat, sekaligus menghiburkan kita...ermm anda sanggup kah membuangnya? atau adakah anda sendiri tidak sanggup memikul amanah ALLAH... Mengapa tidak jikalau anda sendiri yang megandungkannya, melahirkannya.. jikalau tidak mahu mengapa anda lakukan perkara 'itu'





Pembuangan Bayi semakin menjadi-jadi pada waktu ini,.anda lihatlah wajah-wajah yang  comel ini..berdosa kah mereka.. mereka umpama permata yang sangat bernilai.. jadi mengapakah mereka dibuang sejurus dilahirkan.. saban hari pasti ada kes pembuangan bayi.. aku sedih dengan kematian mereka.. jikalau tidak mahu berikan saja pada yang memerlukan sangat-sangat kehadiran mereka...kepada siapa yang harus disalahkan..? pada ibu bapa? guru di sekolah? pada masyarakat..? pada ibu yang   melahirkan mereka? atau pada si ayah nya yang tidak bertanggungjawab.. mugkin juga kita tidak boleh untuk meyalahkan si ibu yang mebuangnya, kerana mugkin pada waktu itu mereka tidak tahu di mana untuk mengadu atau dengan erti kata lain mereka juga mungkin di perdayakan oleh sang lelaki durjana, dan malu sekiranya masyarakat mengetahui nya... jadi dimanakah kesilapan nya, dan siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab..? 
masyarakat prihatinlah keadaan mereka jangan kita menghukum mereka jikalau mereka telah membuat kesilapan bantulah mereka daripada melakukan kesilapan lagi sekali...

~Setiap Masalah ada jalan penyelesaiannya~

Friday, April 2, 2010

NOVEL : SETIA KU KORBAN KAN ~1~

SETIA KU KORBAN KAN ::1::

“Abang cintakan Riana!!”. Pengakuan dari lelaki kepada perempuan yang amat degil, ego dan keras kepala, hanya kata dia sahaja yang betul. Adriana Antasya bt Datuk Nordin

“No!! Riana tak boleh terima cinta abang, Riana hanya anggap abang sebagai abang angkat sahaja tak lebih dari itu”. Balas Riana

“Sebagai abang angkat tak lebih dari itu!!, Habis selama ini yang kita selalu sembang tengah-tengah malam sampai ke pagi, selalu cakap bersayang-sayang, berindu-rindu selama ini itu apa riana? Macam mana riana boleh kata tak lebih dari itu!!”.

Wajahnya yang dihiasi dengan senyuman selalu bertukar menjadi marah pada hari ini.

“Riana salah, lupakan itu semua, riana tak boleh terima cinta abang, riana tak boleh!!”. Riana menjerit dihadapan lelaki yang bernama MOHD FIRDAUS B HAJI ABD RAHMAN, sambil ditekup kedua-dua belah telinganya, tidak mahu mendengar pengakuan lelaki itu.

“Abang please!! Riana tidak mahu dengar lagi, riana salah, riana tak cintakan abang, riana hanya anggap abang sebagai abang angkat sahaja tak lebih dari itu!”. Adriana bersungguh-sungguh menidakkan perasaannya. Dia tidak dapat melupakan apa yang dilakukan bekas kekasihnya dahulu kepadanya.

“Okay baiklah!! Kalau itu yang riana mahukan, mulai sekarang abang akan anggap riana sebagai adik abang sendiri dan tidak akan lebih dari itu. Abang harap riana akan bahagia dengan keputusan abang”.

“Abang,.. riana mintak maaf, riana salah, riana tak patut lakukan macam itu kepada abang, riana mintak maaf”.

Berkali-kali riana memohon maaf, namun MOHD FIRDAUS tidak kejam untuk tidak memaafkan riana, dia sayangkan riana sampai bila-bila, dia hanya berkata begitu untuk menerima keputusan riana, daripada riana berjauhan dengannya biarlah walaupun sebagai adik, dia masih boleh bercakap, bergurau, dan menjadi pendengar setia Adriana. Dia juga tidak tahu sampai bila harus dia memendam rasa, hanya takdir yang menentukannya.

“Riana, abang terlalu sayangkan riana, abang tak sekejam itu riana. Abang maafkan riana tetapi jangan jauhkan diri dari abang kerana perkara ini, janji dengan abang ya riana!”. Firdaus cuba untuk yakinkan riana sambil dipengangnya bahu riana menghadapnya. Di kesatnya perlahan airmata yang mengalir dipipi riana.

“Baiklah abang riana janji, abang maafkan riana kan..?”. Bertanya lagi inginkan kepastian.

“Iya abang dah maafkan riana lar…! Sudahlah lupakan saja semuanya, hari sudah petang jom abang hantar riana pulang nanti risau pulak papa riana”. Riana hanya menganggukan kepala tanda mengiyakan kata-kata firdaus. Masing-masing bergerak masuk ke perut kereta.

Dalam Kereta…..

Mereka hanya diam seribu bahasa, hanya melayan perasaan masing-masing. Yang hanya kedengaran ketika itu hanya radio sahaja berkumandang dengan lagu yang teramat jiwang cukup mengusik hati riana. Petang-petang begini radio hotfm selalu memutarkan lagu-lagu yang teramat jiwang. Lagu setia ku korbankan dari Fauziah Latiff. Tetapi apabila sampai separuh lagu itu pantas tangan riana mengalih siaran radio itu.

“Eh!! Janganlah tukar abang suka lagu nie”. Mencebik mulut riana mendengar kata-kata firdaus.

“Alah abang nie, lagu nie jiwang sangat, tak best dengar lagu lain lar pulak”.

“Tak apalah abang suka, riana dengar lar dulu sampai habis mesti riana suka dengan lagu nie”.

“Ermm sorry lar abang, abang bagi riana free pun riana tak akan suka taw.. nope!”.

“Yelah tu, nanti lama-lama riana akan suka juga tengoklah nanti”.

Riana malas mahu berbalah dengan firdaus. Dia hanya menurut kan sahaja kemahuan firdaus tanda hormat lagi pula ini keretanya. Tetapi apabila difikirkan kata-kata firdaus tadi memang betul lagu nie best sangat, Cuma hati riana menidakkan sahaja, dia keliru dengan hatinya tidak pernah dia suka akan lagu jiwang tetapi sejak akhir-akhir ini dia merasakan tenang sekali apabila mendengar lagu-lagu jiwang seperti itu, dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa, dia mengeluh kecil, volume radio terlalu kuat mungkin juga firdaus tidak mendengari akan keluhannya. Riana hanya diam sahaja melayan perasaannya malas mahu berbicara apa-apa, menyusuri jalan yang kian gelap tanda berlabuhnya tirai petang untuk hari ini, dia hanya berharap untuk pulang ke rumah sahaja, badan sudah letih. Dia hanya mahu untuk berehat sahaja.

Beberapa minit kemudian….

Sekejapan kereta nya behenti di hadapan rumah riana, memandang sayu ke arah riana, tidak sampai hati untuk mengejutkan orang yang tersayang disebelahnya ini. Mahu atau tidak dia terpaksa juga, takut-takut kalau jiran-jiran riana memandang serong padanya, maklum sajalah air muka orang tuanya harus dijaga juga.

“Riana, riana….”. Terasa badanya digoncang, matanya dibuka separuh tanda dia betul-betul keletihan.

“Erm, Sorry riana tertidur pulak. Kenapa abang? Ada apa-apa yang tak kena ke?”.

“Tak apa, abang tahu riana letih, tapi sekarang kita dah sampai rumah riana”.

“lar iya ke? Patutlah riana rase kereta ini tak bergerak tak sedar pula dah sampai.sorry hehe..”. Dalam degil dan ego ada juga rasa malunya, ermm riana, riana apa-apa sajalah.. inilah yang membuatkan dia terpaut sudah pada riana namun tidak boleh dimiliki… ermmm digeleng kan sahaja kepala nya.

“it’s okay riana ku sayang, ermm esok abang start cuti taw. Nak balik kampung, nanti kalau ada apa-apa message abang taw riana!”.

“Eh! Tak bagitahu pun abang nak balik kampung, selalu bagitahu”. Dicebik mulutnya,

“Sorry dah lama plan baru teringat nak bagitahu tadi, lupa lar riana…”.

“Apa-apa jew lah abang, janji abang bahagia, tak apalah abang hari pun sudah malam, riana masuk dulu nanti apa pula kata jiran-jiran. Assalamualaikum abang selamat malam!”.

Bunyinya macam nada merajuk tetapi mungkin juga firdaus tidak mengetahuinya, ahh itu hanya anggapannya sahaja, mungkin juga firdus mengetahuinya bukan 5 hari mereka kenal, bukan juga 5 bulan malah sudah lebih 5 tahun mereka kena, tidak mustahil firdaus tak tahu rentak perangai riana. Arhh biarkan sahaja dia bukan sape-sape pada aku hanya abang angkat sahaja. Akhirnya riana berperang dengan perasaannya sendiri.

“ok.. kirim salam dengan mak ayah riana ea..! waalaikummussalam riana, selamat malam juga, nanti tidur jangan lupa basuh kaki ok!”.

“okay! Bubye..”. melambaikan tangannya seraya memasuki rumahnya. Pagar sudah terbuka luas oleh alat yang dipengang riana.

Dalam kereta, firdaus juga melambaikan tangannya juga, namun tidak terus pulang, dia harus memastian riana masuk kerumah dengan selamat. Dia sayangkan riana. Apabila riana betul-betul masuk ke rumah barulah dia juga pulang ke rumahnya.

*********************

P/S :: sorry kalau tak memuaskan hati sesiapa. hanya mencuba jew. sila lah komen ea.. mane taw leh upgrade lagi bakat yang terpendam nie.. (hehe bakat yang terpendam ker..entah ler sy pun tak tahu..hehe) apa-apa pun enjoy ea... bubye

NOVEL : SETIA KU KORBAN KAN

SINOPSIS Hati Adriana berdegup kencang, kerisauan jelas terpancar melalui wajahnya, manakan tidak kekasih hati nun jauh disana sedang menjalani pembedahan memasukkan besi di pangkal bahu akibat kemalangan jalan raya. Bahu kekasihnya patah akibatnya konon masa tengah bawak motor teringatkan dia, Adoi lar apa lar tak kan tengah bawak motor boleh jadi gila bayang. Bersalah mencengkam hati Adriana kerana dia kekasihnya ditimpa kecelakaan, terasa amat bersalah lagi apabila tidak berkesempatan untuk melawat kekasihnya nun jauh di Pulau Langkawi dan dia berada di Kuala Lumpur. Ingin ke sana tetapi apakan daya keadaannya yang begitu sibuk dengan kerja, belajar di peringkat ijazah dan menjadi Wedding Planner sambilan membataskan hasratnya kesana. Hanya mampu berdoa dari jauh, siang dan malam menadah tangan supaya kekasihnya selamat. Adriana yang dulunya pernah menolak cinta lelaki itu dikala ego dan degil menguasai diri, sekarang dia mengakui yang dia amat mencintai lelaki itu yang merangkap kekasinya sekarang, takut akan kehilangan lelaki itu di membuang ego jauh-jauh dan meninggalkan semua lelaki yang dahulunya menagih cinta darinya. Adriana bukan perempuan yang terlalu mudah untuk melafazkan cinta, dia selalu mempermainkan perasaan lelaki yang datang kepadanya kerana dahulunya dia pernah kecewa dan berdendam akan mempermainkan perasaan lelaki, namun kekasih hati yang seorang ini mengubah segala-galanya perangai Adriana. Sungguh keras hati Adriana. Namun hanya di sebabkan dia tidak mahu kehilangan lelaki yang seorang ini, dia telah buang semuanya dan setia kepada lelaki ini sahaja. Sampai manakah setia dan cinta Adriana kepada lelaki yang bernama MOHD FIRDAUS B. HAJI ABD RAHMAN…. Hanya Adriana sahaja yang mengetahuinya…. ~~~ Setia Ku korbankan~~~

Related Posts with Thumbnails

...ermm...

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

...bila hati terluka...