SETIA KU KORBAN KAN ::1::
“Abang cintakan Riana!!”. Pengakuan dari lelaki kepada perempuan yang amat degil, ego dan keras kepala, hanya kata dia sahaja yang betul. Adriana Antasya bt Datuk Nordin
“No!! Riana tak boleh terima cinta abang, Riana hanya anggap abang sebagai abang angkat sahaja tak lebih dari itu”. Balas Riana
“Sebagai abang angkat tak lebih dari itu!!, Habis selama ini yang kita selalu sembang tengah-tengah malam sampai ke pagi, selalu cakap bersayang-sayang, berindu-rindu selama ini itu apa riana? Macam mana riana boleh kata tak lebih dari itu!!”.
Wajahnya yang dihiasi dengan senyuman selalu bertukar menjadi marah pada hari ini.
“Riana salah, lupakan itu semua, riana tak boleh terima cinta abang, riana tak boleh!!”. Riana menjerit dihadapan lelaki yang bernama MOHD FIRDAUS B HAJI ABD RAHMAN, sambil ditekup kedua-dua belah telinganya, tidak mahu mendengar pengakuan lelaki itu.
“Abang please!! Riana tidak mahu dengar lagi, riana salah, riana tak cintakan abang, riana hanya anggap abang sebagai abang angkat sahaja tak lebih dari itu!”. Adriana bersungguh-sungguh menidakkan perasaannya. Dia tidak dapat melupakan apa yang dilakukan bekas kekasihnya dahulu kepadanya.
“Okay baiklah!! Kalau itu yang riana mahukan, mulai sekarang abang akan anggap riana sebagai adik abang sendiri dan tidak akan lebih dari itu. Abang harap riana akan bahagia dengan keputusan abang”.
“Abang,.. riana mintak maaf, riana salah, riana tak patut lakukan macam itu kepada abang, riana mintak maaf”.
Berkali-kali riana memohon maaf, namun MOHD FIRDAUS tidak kejam untuk tidak memaafkan riana, dia sayangkan riana sampai bila-bila, dia hanya berkata begitu untuk menerima keputusan riana, daripada riana berjauhan dengannya biarlah walaupun sebagai adik, dia masih boleh bercakap, bergurau, dan menjadi pendengar setia Adriana. Dia juga tidak tahu sampai bila harus dia memendam rasa, hanya takdir yang menentukannya.
“Riana, abang terlalu sayangkan riana, abang tak sekejam itu riana. Abang maafkan riana tetapi jangan jauhkan diri dari abang kerana perkara ini, janji dengan abang ya riana!”. Firdaus cuba untuk yakinkan riana sambil dipengangnya bahu riana menghadapnya. Di kesatnya perlahan airmata yang mengalir dipipi riana.
“Baiklah abang riana janji, abang maafkan riana kan..?”. Bertanya lagi inginkan kepastian.
“Iya abang dah maafkan riana lar…! Sudahlah lupakan saja semuanya, hari sudah petang jom abang hantar riana pulang nanti risau pulak papa riana”. Riana hanya menganggukan kepala tanda mengiyakan kata-kata firdaus. Masing-masing bergerak masuk ke perut kereta.
Dalam Kereta…..
Mereka hanya diam seribu bahasa, hanya melayan perasaan masing-masing. Yang hanya kedengaran ketika itu hanya radio sahaja berkumandang dengan lagu yang teramat jiwang cukup mengusik hati riana. Petang-petang begini radio hotfm selalu memutarkan lagu-lagu yang teramat jiwang. Lagu setia ku korbankan dari Fauziah Latiff. Tetapi apabila sampai separuh lagu itu pantas tangan riana mengalih siaran radio itu.
“Eh!! Janganlah tukar abang suka lagu nie”. Mencebik mulut riana mendengar kata-kata firdaus.
“Alah abang nie, lagu nie jiwang sangat, tak best dengar lagu lain lar pulak”.
“Tak apalah abang suka, riana dengar lar dulu sampai habis mesti riana suka dengan lagu nie”.
“Ermm sorry lar abang, abang bagi riana free pun riana tak akan suka taw.. nope!”.
“Yelah tu, nanti lama-lama riana akan suka juga tengoklah nanti”.
Riana malas mahu berbalah dengan firdaus. Dia hanya menurut kan sahaja kemahuan firdaus tanda hormat lagi pula ini keretanya. Tetapi apabila difikirkan kata-kata firdaus tadi memang betul lagu nie best sangat, Cuma hati riana menidakkan sahaja, dia keliru dengan hatinya tidak pernah dia suka akan lagu jiwang tetapi sejak akhir-akhir ini dia merasakan tenang sekali apabila mendengar lagu-lagu jiwang seperti itu, dia sendiri tidak tahu mengapa dan kenapa, dia mengeluh kecil, volume radio terlalu kuat mungkin juga firdaus tidak mendengari akan keluhannya. Riana hanya diam sahaja melayan perasaannya malas mahu berbicara apa-apa, menyusuri jalan yang kian gelap tanda berlabuhnya tirai petang untuk hari ini, dia hanya berharap untuk pulang ke rumah sahaja, badan sudah letih. Dia hanya mahu untuk berehat sahaja.
Sekejapan kereta nya behenti di hadapan rumah riana, memandang sayu ke arah riana, tidak sampai hati untuk mengejutkan orang yang tersayang disebelahnya ini. Mahu atau tidak dia terpaksa juga, takut-takut kalau jiran-jiran riana memandang serong padanya, maklum sajalah air muka orang tuanya harus dijaga juga.
“Riana, riana….”. Terasa badanya digoncang, matanya dibuka separuh tanda dia betul-betul keletihan.
“Erm, Sorry riana tertidur pulak. Kenapa abang? Ada apa-apa yang tak kena ke?”.
“Tak apa, abang tahu riana letih, tapi sekarang kita dah sampai rumah riana”.
“lar iya ke? Patutlah riana rase kereta ini tak bergerak tak sedar pula dah sampai.sorry hehe..”. Dalam degil dan ego ada juga rasa malunya, ermm riana, riana apa-apa sajalah.. inilah yang membuatkan dia terpaut sudah pada riana namun tidak boleh dimiliki… ermmm digeleng kan sahaja kepala nya.
“it’s okay riana ku sayang, ermm esok abang start cuti taw. Nak balik kampung, nanti kalau ada apa-apa message abang taw riana!”.
“Eh! Tak bagitahu pun abang nak balik kampung, selalu bagitahu”. Dicebik mulutnya,
“Sorry dah lama plan baru teringat nak bagitahu tadi, lupa lar riana…”.
“Apa-apa jew lah abang, janji abang bahagia, tak apalah abang hari pun sudah malam, riana masuk dulu nanti apa pula kata jiran-jiran. Assalamualaikum abang selamat malam!”.
Bunyinya macam nada merajuk tetapi mungkin juga firdaus tidak mengetahuinya, ahh itu hanya anggapannya sahaja, mungkin juga firdus mengetahuinya bukan 5 hari mereka kenal, bukan juga 5 bulan malah sudah lebih 5 tahun mereka kena, tidak mustahil firdaus tak tahu rentak perangai riana. Arhh biarkan sahaja dia bukan sape-sape pada aku hanya abang angkat sahaja. Akhirnya riana berperang dengan perasaannya sendiri.
“ok.. kirim salam dengan mak ayah riana ea..! waalaikummussalam riana, selamat malam juga, nanti tidur jangan lupa basuh kaki ok!”.
“okay! Bubye..”. melambaikan tangannya seraya memasuki rumahnya. Pagar sudah terbuka luas oleh alat yang dipengang riana.
Dalam kereta, firdaus juga melambaikan tangannya juga, namun tidak terus pulang, dia harus memastian riana masuk kerumah dengan selamat. Dia sayangkan riana. Apabila riana betul-betul masuk ke rumah barulah dia juga pulang ke rumahnya.
*********************
P/S :: sorry kalau tak memuaskan hati sesiapa. hanya mencuba jew. sila lah komen ea.. mane taw leh upgrade lagi bakat yang terpendam nie.. (hehe bakat yang terpendam ker..entah ler sy pun tak tahu..hehe) apa-apa pun enjoy ea... bubye
0 kata anda:
Post a Comment