Dalam rumah…
“Assalammualaikum mama, papa”. Pantas menyalami tangan mama dan papanya.
“Waalaikummussalam riana, anak mama nie dari mana sahaja lah?”. Giliran mamanya pula untuk bertanya.
“Tak ada ke mana mama hanya keluar dengan abang firdaus je, dia kirim salam dekat mama dan papa”.
“kenapa tak ajak masuk tadi”.
“dia nak balik da, hari kan dah malam mama. Erm ma, pa riana penatlah. Riana naik atas dulu ea”. Meminta izin dari orang tuanya, tidak mahu berbicara lagi tentang firdaus, hatinya sedih. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya berasa begitu. Pelik, tapi dia benar-benar sedih yang amat sangat.
“baiklah riana, jangan lupa solat isyak dulu ea. Mandi dan tidur nanti jangan lupa basuh kaki “. Pesan mamanya, pesan itu sama macam firdaus, lagi-lagi firdaus.semuanya tentang firdaus. ada apa sebenarnya dia dengan firdaus. dia juga tidak tahu mengapa.
“selamat malam ma, pa”.
“selamat malam sayang”. mengucup pipi riana, masih seperti anak kecil.dia adalah anak tunggal. Mugkin juga disebabkan itu dia terlalu manja dan kadangkala ego juga. Seraya selepas itu, riana hilang disebalik tangga menuju kebiliknya ditingkat atas.
“pa, mama tengok riana tu lain benar, kenapa nampak macam sedih sahaja”. Mula menyoal suaminya, papa riana.
“alah mamanya ini risau sangat biasalah hal orang muda mesti bersangkut dengan perasaan, bukan sehari dua awak kenal dengan firdaus, Cuma anak kita tu lain benar perangainya. Tak pernah nak mengaku apa yang ada di dalam hati, ikut perangai mama lar masa muda dulu”.
“Eh,eh kesitu pula, mamanya pula disalahkan. papa yang tak mahu mengaku dulu masa muda nak salahkan mama pula”.giliran isterinya pula memuncungkan mulutnya.
“sudah ler tu, tak elok benar muncung itik tu, meh sini kita tengok t.v nie cerita romantik nie”. Dirangkulnya pinggang isterinya itu tanda memujuk, isterinya melentokkan kepala di dada suaminya. Dia sayangkan isterinya Cuma anaknya pula yang mengikut perangai mamanya. Kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tersenyum memikirkan kedua-dua buah hatinya.
**********************
tidurku tidak nyenyak,
makanku tidak kenyang,
mandi tak basah,
hati tak tenang
fikiranku runsing
adakah itu tandanya kau merinduimu?
Adakah itu bermulanya cintaku padamu?
Pabila bayangmu tiada,
Aku menjadi rindu denganmu,
Sikap egoku terlalu tebal,
Untuk memberitahumu,
Aku rindu padamu,..
Pagi isnin yang amat membosankan, kata orang putih morning blues. Nak bangun pagi malas, jam di telefon bimbitnya asyik berdering sahaja. Memang setia betul nak kejutkan orang pagi-pagi nie. Sesekali matanya terbuka sedikit melihat jam. Pukul 6 pagi. Di gagahinya juga untuk bangun menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba kepada-Nya. Seusai membersihkan diri dan menunaikan solat subuh, riana kembali tidur sehinggalah di kejutkan mamanya.
“Ya Allah. Riana, riana. Kenapa tak bangun lagi nie.tengok jam dah pukul 7 nanti lewat ke pejabat”. Mamanya pulak memang setia untuk membebel awal-awal pagi nie. Erkk, awal pagi ker? Rasanya matahari dah naik pun.erkk.
“Erm tak ada mood lar ma hari nie nak pergi pejabat, tak tahu kenapa selalu rajin jew”.
“Lar kenapa pulak tak ada mood? Bukan selalu ada jew mood ker..?? riana kenapa ni sayang? Riana demam ker?”. Dirabanya dahi anak kesayangannya.
“Erm riana tak demam, tapi kenapa ni sayang? Cuba cerita dekat mama, erm nie nanti firdaus tunggu pulak. Kan selalu riana pergi pejabat dengan dia. Dah telefon ke belum beritahu? Nanti kesian pulak kat firdaus tunggu puteri yang tak muncul-muncul nie”. Sambil membelai rambut riana yang memang asyik nak bermanja sahaja.
“Erm tak payah telefon. Semalam abang beritahu abang cuti harini sampai hari jumaat. Balik kampung”.
“Oo patut lar malas nak pergi pejabat. Eh! Tapi selalu firdaus cuti riana tak macam nie pun? Riana gaduh dengan firdaus ker?”.
“Tah lar ma. Riana malas nak cerita sekarang. nanti-nati lar eh ma. Sekarang nie mama boleh tak beritahu papa yang riana cuti harini.?’.
“Oklar sayang mama. Nanti ma beritahu pa ea”.
“Erm thanks ma, sayang ma..muahh”.
“Ishh riana tak mandi lagi kiss mama pulak!! Dah pergi mandi nanti boleh borak-borak dengan mama elok kan mood riana tu balik”.
“Ehh sorry sikit taw. Riana dah mandi lar. Solat subuh tadi”.
“Oo ea ker? Sorry sayang ma tak taw pulak hehe. Tapi kalau dah tidur balik melekat lar balik air liur basi tu kat mama..huhh bertuah punya anak.”.
“riana malas lar ma nak turun bawah, kejap lagi lar. Apa kata ma turun bawah dulu. Pa nak peri kerja tu, nanti mama tak dapat kiss dari papa pulak, riana nak sambung tidur dulu”.
“Ish budak bertuah nie kan ada jew benda nak mengusik kita”. Di tamparnya punngung riana yang sudah menarik comforter menyelimuti tubunya kembali.
“Eh mamanya kenapa lama sangat kat atas tu? Ni mana riana? Selalu pagi-pagi lagi dah terpacak dekat bawah mengusik saya. Mana pergi riana? Dah pergi pejabat ker? Sunyi pulak pagi ni”. Nah macam peluru papanya bertanya soalan mengenai anak sayangnya nan seorang tu.
“Erm da habis dah soalan papa? Tak sempat mama nak jawab. Satu satu lar pa”. Datuk nordin tersengih melihat kan isterinya membebel pagi-pagi ni.
“Hehe dah habis dah mamanya”.
“Yang pertama papanya. Hari ini riana cuti. Yang kedua, riana tak ada mood sebab firdaus cuti seminggu balik kampung. Yang ketiga, riana tak akan turun breakfast dengan awak sebab dia tidur balik. Itulah jawapan-jawapan soalan peluru papa tadi”. Membebel sambil menyodok kan nasi lemak ke dalam pinggan suaminya.
“Alahai mamanya kenapa garang sangat pagi ni? Dah berjangkit dengan anaknya ker?”.
“Entahlar papanya. Pening saya dengan anak kita tu.”.
“Tak payah awak nak pening-pening mamanya nanti bercerita lar tu dengan awak. Itupun kalau riana tu nak bercerita”.
“Eh abang tak ke pejabat ker? Dah lambat kan ni papanya?”.
“Aah lar mamanya. Abang pegi dulu ea”. Sempat juga dia menjamah sarapan pagi yang dimasak isterinya dan menghirup sedikit air kopi.
“Ea lar papanya. Hati-hati ea”.
Di salami tangan suami nya dan sememangnya akan dihadiahkan pula ciuman di dahi, pipi dan juga mulut. Memang begitu dari muda lagi. Tak sangka akhirnya jodoh mereka kekal sehingga sekarang . dulu malu-malu nak mengaku akhirnya dapat juga seorang anak. Dah besar panjang pun. Tangan melambai, hati berdoa semoga suaminya selamat pergi dan balik, biarpun sudah tua tetapi rumah tangga harus disemai biarpun sudah beberapa kali berbunga. Barulah hati turut bahagia dan berbungga riang.
*************************
My Facebook..
Followers
Thursday, May 13, 2010
Setia Ku Korbankan ~2~
oLeH Unknown Pada 4:10 PM
LabEL SETIA KU KORBANKAN (2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata anda:
Post a Comment