myspace layouts

...Hai...

Followers

Monday, May 17, 2010

Ibu dan ayah... ~1~

Aku dilahirkan setelah genap 9 bulan aku berada di dalam rahim yang bernama ibu. Aku dilahirkan begitu sempurna sifatku, mata yang comel, hidung yang meyerupai ibuku dan juga kulitku juga putih. Aku juga diberi nama yang amat sempurna maknanya, Aira Syafira. Ada setengah-setengah tu ada juga yang terlalu awal dilahirkan dan tidak juga sempurna sifatnya tetapi itu semua adalah ketentuan oleh-Nya. Kita sebagai hamba perlu menerima takdir yang telah ditetapkan.

Ibu telah menjagaku bagaikan menatang minyak yang penuh dijagaku dengan rapi, tidak dibenarnya aku digigit nyamuk walau seekor pun. Apabila malam kadang kala aku menangis kelaparan atau mungkin juga lampin ku basah, ibu yang terlalu letih menjaga ku ketika waktu siang bangun juga akhirnya walau lenanya digangu oleh tangisanku. Setelah disusukan dan ditukar lampin akhirnya aku tertidur kembali hinggalah waktu pagi. dan apabila waktu pagi pula seperti biasa aku di mandikan, sekali lagi prihatinnya seorang ibu takut kalau-kalu anak nya yang masih kecil ini kesejukan air mandianku dicampurkan dengan air panas supaya aku tidak lagi sejuk apabila mandi nanti,

sesudah mandi, ibu ku akan menyarungkan baju ke tubuh ku, dan diberi susu.sekali lagi apabila kekenyangan aku kembali tidur. Pada waktu aku kembali tidur ibu ku tidak terus tidur tetapi ibu kembali membuat kerja-kerja rumah yang sepatutnya. kalau lah aku sudah besar aku berjanji akan membantu ibu membuat kerja-kerja rumah. ibu yang tidak pernah tahu erti penat menjaga aku, akan ku kembali menjaga mu suatu hari nanti.

Ibu,. sewaktu aku masih kecil sering aku terdengar nasihatmu..

"aira sayang nanti bila sudah besar jadilah anak yang berguna kepada bangsa dan negara, bila dah besar jangan lupa ibu dan ayah ea sayang,"

dan terdengar pula pesan ayah ku..

"sayang, cepatlah besar ayah tak sabar nak hantar aira pergi sekolah, nanti aira apakai baju sekolah mesti nampak comel kan, aira kena belajar pandai-pandai taw, kena rajin pergi sekolah, bila dah berjaya nanti boleh lah ayah dan ibu tumpang kejayaan aira ea sayang... ,"
pipi ku sekali lagi menjadi sasaran ibu dan ayah ku tanda betapa sayangnya mereka kepada aku,...

kini aku sudah berumur 8 tahun,

"ayah, cepatlah! aira dah lame tunggu ayah nie! kenapa ayah lambat sangat!,"

"aira! kenapa cakap macam tu dengan ayah, kan ayah tengah makan tu sabarlah sikit,"

"tak apelah ibu, saya da habis makan nie," ayah tetap bersabar dengan karenah aku, pada waktu aku dilahirkan ayah lah orang yang paling gembira sekali.

"aira mintak maaf ea ayah, ibu,"

"jangan buat lagi ea aira"

"ibu,.. ayah tgu aira dekat sekolah kan ibu?,"

"ayah tak boleh tgu aira,ayah kan kerja sayang, ibu lah yang tgu aira sampai aira balik sekolah,"

"yea, yea ibu tunggu," bersorak aku tanda seronok apabila aku juga akan di temani ibu.

ibu berkorban masa dan juga tenaga menunggu aku sewaktu persekolahan pertama ku bermula, pernah sekali aku nampak ibu tersenguk-tersenguk menahan ngantuknya di kerusi kantin sekolah, aku tahu ibu penat menguruskan aku. kalau lah aku da besar nanti biarlah aku yang mengurusakan semuanya kembali.

sudah 20 tahun berlalu,

"ayah, aira nak sambung belajar kat universiti nanti ayah ada duit ker? kalau ayah tak ada duit aira nak keja dulu lar ayah,"

"aira tak payah risau ayah ada simpan duit untuk aira belajar, sekarang aira da besar duit tu ayah akan gunakan untuk aira sambung belajar, aira belajar rajin-rajin taw,"

"baik ayah,"

"aira nanti bila dah berjaya jangan lupa ibu dan ayah ea sayang,"

"mestilah aira tak lupa ibu dan ayah. aira kan anak ibu dan ayah. aira mana ada ibu dan ayah yang lain..,"

ibu dan ayah aira sudah tua, ibu aira selalu sakit-sakit malah untuk makan pun tak sebanyak selalu ketika ada aira. ayah aira kini sudah pencen dan tidak lagi berkerja, dulu ayah aira sebagai pembantu akaun sahaja disebuah syarikat, sekarang setelah aira habis belajar,aira pula yang menyara kedua-dua orang tuanya..

tetapi aira jarang-jarang pulang ke kampung, walaupun jarang aira selalu menelefon orang tuanya, pabila ada masa cuti panjang aira akan pulang dengan jangka masa yang lama untuk menghabiskan masa dengan ibu dan ayah nya. waktu itu ibu nya akan berselera sekali makan kerana satu-satu anaknya berada di depan mata.
berselera benar waktu itu.
ayah pula akan mencari kan daun-daun ulam untuk aira. aira suka makan nasi ulam, yang daun-daun ulam itu akan di potong halus-halus dan akan digaul dengan nasi putih. sedap sangat . kalau di k.l jarang dapat makan masakan ibunya. masakan ibu tiada tandingan nya. air tangan ibu adalah rahsia sedapnya suatu masakan itu.

"ibu,.. aira rindu sangat dekat ibu.. kalau boleh aira nak selalu ada dengan ibu..tapi aira kerja ibu,"

"tak apalah aira ibu faham...,"

kembali nya aira di kuala lumpur hati aira tidak tenang seperti biasa,..teringat kan orang tuanya di kampung halaman. kalau lah dapat bersama dengan ibu hari-hari alangkah bagusnya.
argh ibu... terlena aira sambil memeluk kain batik ibunya. ibunya yang berikan katanya kalau malam-malam rindukan ibu peluk lah kain yang ibu berikan nie.. mesti tidur lena...kata ibu..

                                          *********************


1 kata anda:

Anonymous said...

mana sambungannya dik?

Related Posts with Thumbnails

...ermm...