Pagi yang amat menyengarkan ku... sudah lama aku tidak merasa sebegini selalunya masa ku hanya dihabiskan pd kerja dan pada kelas ku sahaja...
tetapi sempena tahun baru cina pada tahun ini jatuh pada hari ahad bermakna cuti nya akan berganjak dan dapatlah aku bercuti panjang selama 4 hari.. dari hari sabtu, ahad, isnin dan
selasa. dan aku akan kembali berkerja pada hari rabu...
aku mengambil kesempatan peluang yang ada nie untuk mengemas rumah, ruang bilik yang agak ermm berserabut jugak...hehe dan jugak aku perlu meluangkan masa untuk aku bermain dengan kucing-kucing kesayanganku yang baru lahir 1 bulan yg lepas.. seekor bernama abishek nanachiwa a.k.a bishek, seekor lagi nandos marcos a.k.a marcos dan seekor lagi ni pulak bernama amisha patel a.k.a ecahh.
3 ekor kucing ni nama sahaja baru lahir tapi kelincahan kucing-kucing ku ini tidak seperti baru 1 bulan tetapi melebihi 3 bulan jugak.. mana tak nya pantang nampak muka aku mesti mengiau mintak dilepaskan dari sangkar nya, sungguh pandai kucing-kucing ini mengecam tuan nya..
abishek nanachiwa - anak kucing jantan yang comel.. perangai nya baik sangat, tak garang, tak suka kotor, kalau adik-beradik nya yg lain membuang air besar atau terkucil dia lah yang akan paling bising diantara 2 ekor lagi. bishek ni suka main kejar-kejar.. kalu ibu aku tengah tido habis atas badan pun dia naik main lompat-lompat.. wakaka.. kalau ada kertas surat khabar habis dikoyak nya tak macam kakak dia 'bulat' kucing aku yg sekor lagi tapi bulat nie da besar.. bulat nie suka baca surat khabar.. kenapa lar bishek tak ikut perangai bulat kan... ermmm
dia suka mkn makanan kucing dewasa keropok friskies dan minum air bio aura.. dia suka sangat mengendeng dgn ecahh tapi ecahh suka lepuk kepala dia.. so bishek nie suka bawa diri, pendiam gitu. badannya putih dan bertompok-tompok sedikit seperti warna inai yang kita selalu pakai tu.. comel sangat. ekornya tidak terlalu panjang cuma sejemput sahaja. matanya bulat dan berwarna biru.
nandos marcos - anak kucing jantan comel seprti lanun hehe.. perangai nya tak seperti bishek kerana marcos ni kuat makan dan minum susu.. aku terpaksa bantu nya dgn memberi kan susu tambahan yang selalu aku bancuh kan untuknya. ada satu hari tu dia minum sampai buncit perutnya apabila aku mahu mengalihkan bekas susu itu dia akan mengiau dgn kuat. mugkin jugak mahu aku kembalikan bekas susu sbb tak puas minum...
"angah,angah bak lar balik susu tu marcos tak puas minum.. nak lagi.. nak lagi.."
dengan perasaan yang sayu aku pun kembalikan susu itu kedlm sangkarnya.. terus diam dan kusyuk minum susu.. setengah jam berikutnya aku kembali melihat nya waahhhh marcos dah tak larat nak baring dia tersandar sambil menjilat-jilat jarinya...dengan keadaan perutnya yang buncit berbanding yg lain.. marcos kelihatan begitu comel sekali..
badan marcos pun berwarna putih cuma tompok dia lebih hebat dari bishek.. tompok hitam yang menutupi sebelah matanya kelihatan seperti lanun yang sedang menutup matanya.. mata nya pun berwarna biru, ekornya pun hanya sejemput sahaja..
amisha patel - anak kucing betina yang garang... perangai ecahh ni lain sikit kerana dia suka membuli bishek dan marcos.. ecah suka makan nasi yang aku selalu gaul dengan friskis tuna dalam tin tu.. dia kurang sikit kemaruknya minum susu dari marcos.. kerana minum susu ibunya sahaja sudah cukup tetapi dia gemar minum air bio aura yang aku sediakn di dlm bekas yang aku letakkan di satu sudut. ecahh ni suka melompat dlm bakul sampah yang kecik diruang tamu. yang kelakarnya kalau kucing lain yang memungah sampah mesti berterabur kan.. tapi ecahh ni pandai sangat dia akan melompat masuk bakul sampah yang kecik tu lepastu tak taw lar apa yang di godek dlm tu lepastu akan melompat semula keluar dari bakul sampah yang kecik tu tanpa menyepahkan sampah-sampah tersebut.. dlm bakul sampah tu tak ada apa pun cume tisu dan kertas-kertas sahaja.. aku pun tak tahu apa motif dia... badan ecahh ni putih dan tiada tompok-tompok seperti bishek dan marcos.. mata ecahh lagi biru berbanding bishek dan marcos.
ecahh ni spesel sgt pada sume owg dlm rumah tu.. sbb sume owg suke nyakat ecahh, suka dgr ecahh mengiau dgn kuat.. hari tu aku tengah mkn nasi tah macam mane tah ecahh berbau ikan goreng yang aku tengah mkn,.. punyalar kuat dia mengiau mahu kan ikan tu..dengan rasa simpati nya aku pun patahkan ekor ikan goreng ku berikan pada nya.. apabila bishek dtg konon nya nak mintak sikit dgn ecahh tapi dengan pantas tgn ecahh menepuk kepala bishek sampai kukunya terlekat pada telinga bishek apalagi mengiau kuat lar bishek menahan sakit.. ermmm igt kan adik-adik aku gaduh jer kena leraikan bila kucing-kucing aku gaduh pun aku kena leraikan jugak... adoilar nak gelak pun ada...
tapi aku paling terpaut dgn ecahh ni sbb dia pandai buat muka kesian n seposen... comel jer aku nengok nya..
satu hari tu dia mengiau-mengiau bersama-sama bishek dan marcos mintak dilepaskan dari sangkar tu..sambil tgn nya dihulurkan pada aku dari jaring-jaring kecil sangkar tersebut. konon nya aku tidak mahu melepaskan nya tetapi ecahh nie dah mula buat muka seposen dan muka kesian mahu tidak mahu aku lepaskan dan mencicit lar lari turun dari sangkar tu..
mungkin jugak main lumba lari..
"korg aku nak main lumba lari kalau angah buka pintu nnti kita lumba sapa cepat turun dulu sampai kt bilik angah aku janji aku bagi dia mkn ekor ikan yang angah selalu bagi aku tu..." ecahh memulakan bida nya
"oraitt kalau kau tak bagi ecahh aku ngadu kat angah kau selalu berak dlm sangkar nie.." bishek pula kuat mengadu
"alarrr aku xheran lar ecahh angah selalu bagi aku minum susu banyak taip-tiap hari..." sebab tu kot marcos turun paling lambat..hehe
walau apa pun perangai kucing-kucing ku ini.. aku jadi tak tentu arah bila tak ada. dulu aku memang tak suka dgn kucing tapi sejak aku knl dgn seorg laki ni aku cuba nk kongsi minat nak tahu macam mane perasaan owg yang suke kucing nie.. kadang-kadang aku jadi pelik.. dan aku sering bertanya-tanya kan pada diriku..
kenapa lar laki nie suka sangat dgn kucing, kalau aku kutuk kucing dia. die mesti marah aku balik.. ermmm tapi kt rumah aku sumenye suka kucing kecuali aku... tapi tu dulu sekarang nie minat lelaki yang aku knl tu dah melekat dkt aku... aku tak boleh hilang kucing-kucing tu sume. aku rase boleh berhenti nyawa aku kalau kucing-kucing tu sume hilang atau aku berjauhan dgn nya..
kini baru lar aku tahu kenapa owg suke sgggt dgn kucing.. membelai kucing terasa seperti kehidupan kita bahagia sgttt... sekarang nie laki tu aku tak selalu jumpa, dan mungkin tak akan jumpe lagi.. ermm bergantung pd jodoh lar.. tapi aku tak rase berjauhan pun dgn dia sbb aku minat dan suke dgn apa yang dia suke.. jadi terasa dia ada jew depan aku...
tapi perkara yang aku takut selama nie jadi jugak pada aku...
18/02/2010 - khamis - pukul 10.30 mlm
selepas aku pulang dari kelas mlm tu aku rase mcm tak sedap hati jew.. aku pun masuk ker bilik belakang menjenguk manje-manje ku.. ermm pantang menjengah mesti berbunyi mintak dibebaskan... aku pun seperti biasa tidak tahan dgn sandiwara manje-manje nie.. aku pun bebaskan...
tetapi mungkin juga aku penat dan letih aku menyuruh adik ku memasuk kan kembali manje-manje nie ke dalam sangkarnya balik...
ermm macam biasa mengiau-mengiau mintak dilepaskan semula.. aku malas mahu melayan aku pun keluar dari bilik tu dan menuju ke ruang tamu.. dari ruang tamu aku masih kedengaran lagi suara manje sekalian...
manje-manje tu rindu pada aku kerana seharian aku tinggal kan.. manje-manje nie berusaha membuka pintu sangkar itu dgn sedaya upaya mungkin.. aku pun tidak tahu bagaimana cara mereka membuka pintu itu..tahu-tahu sahaja mereka di kaki aku... aku hanya membiarkan sahaja.. aku hanya melayan episod cerita nigina yang aku minat sangat..
sesekali aku mendengar cakaran dan lompatan si manje-manje ku sekalian....
mungkin jugak adik2 ku sibuk untuk membuat kerja sekolah sesekali memarahi ecahh dan bishek yang suka mengacau antara satu sama lain...
aku hanya berkata pada adik ku menyuruh nya memasukkan kembali manje sekalian ke dlm sangkar.. tetapi dia jugak tidak mengindahkan arahan aku...
selang beberapa minit, aku mendengar teriakan adik ku memangil aku menyuruh aku melihat keadaan ecahh dan sesekali aku mendengar selang seli suara kucing mengiau kesakitan..
dengan pantas aku berlari mendapatkan adik ku di dlm bilik..
terperanjat melihat keadaan ecahh aku memangil mak ku yang sedang tido..
aku mula mahu menangis kenapa ecahh jadi macam tu...
"ecahh.... kenapa nie? ecahh.."
aku mula bertanya kan kepada adik ku kenapa ecahh jadi macm nie.. dia berkata dia tak sengaja terpijak ecahh sewaktu mahu turun dari katil double decker nya...
mula-mula aku tidak marah tetapi melihat keadaan ecaah yang semakin tidak bermaya dgn keadaan darah yang mengalir dari hidung nya, sesekali tangan dan kaki nya menyentak.. aku memarahi adik ku kerana tidak mendengar arahan aku tadi supaya memasuk kan semula manje sekalian ke dlm sangkar... sesekali aku memukul belakang adik ku sambil airmata ku merembes keluar...
aku kembali memberi tumpuan pada ecahh..
mak aku mengurut-mengurut badan ecahh kerana tidak tahu mahu berbuat apa lagi. aku pun turut mengurut badan ecahh, mengusap-usap kepala ecahh sambil memanggil nama ecahh...
"ecahh... kenapa nie ecahh... ecahhhhh, ecahhhh, ecahhhh...."
hanya itu yang dapat aku bersuara waktu itu. selepas itu aku makin merasa nadi ecahh sudah semakin perlahan malah tidak terasa langsung nadinya.. dan ecahh juga tidak bersuara seperti biasa...
airmata aku semakin laju merembes keluar dan sesekali di selangi dgn esakan yang kuat...
selang beberapa minit ecahh sudah tiada dan dlm erti kata lain ecahh SUDAH MATI...
"ECAHHHHH.............."
semakin kuat raungan aku.. dgn esakan yang semakin kuat. sume orang juga menangis termasuk adik-adik dan mak aku... walau pun aku tahu ecahh dah tak ada aku masih disitu sambil mengusap-usap badan ecahh yang tidak bernyawa lagi sambil aku meraung disisi ecahh...
satu malam aku menangis dan mata aku makin membengkak akibat menangisi ketiadaan ecahh. ecahh aku masuk kan kedlm sangkar kecil seolah-olah kujadikan nya kamar terakhir ecahh..
sehingga waktu ini aku masih terkenang kan ecahh...
"ecahhh kat mane? angah rindu kt ecahh..." hanya itu yang dapat aku luahkan...
'ECAHH DLM KENANGAN AKU DAN AKU TAK AKAN LUPAKAN ECAHHH SAMPAI BILA- BILA'
'ECAHH TUNGGU ANGAH DEKAT SYURGA EA...'
'ANGAH SAYANG ECAHH'
My Facebook..
Followers
Wednesday, February 24, 2010
CERPEN : AMISHA PATEL A.K.A ECAHH ~1~
oLeH Unknown Pada 11:15 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata anda:
Post a Comment