Hari ini hari rabu aku tiada kelas, malah aku pulang ke rumah seperti biasa. selalunya jikalau aku tiada kelas aku akan keluar bersama dengan teman baik untuk berkongsi atau dengan erti kata lain menghilangkan tension. bukan jenis aku jikalau untuk menghilangkan tension pergi ke pusat-pusat karaoke atau juga ke tempat-tempat hiburan yang tidak sihat. aku bukan begitu aku lebih suka jalan-jalan di tepi tasik berhampiran dengan klcc. aku lebih suka menikmati keindahan alam daripada dengar muzik yang entah apa-apa. tetapi hari ini aku tidak mengunjungi tasik atau ke mana-mana. aku bergegas pulang kerana aku ingin melawat 'kubur' ecahh. Ecahh aku tanamkan di satu kawasan tanah yang agak lapang berhampiran dengan tempat simpanan air atau tangki air. maklumlah rumah aku ni Flat jadi di mana pulak hendak aku cari tanah. terpaksalah aku menanam nya disitu, lagi pula nanti akan memudahkan aku untuk melawat 'kubur' ecahh. sesampai di disitu aku melabuhkan punggung di bangunan simpanan air. Di mana aku dapat bersandar melepaskan lelah setelah dari tadi aku agak kelam kabut berjalan seperti mengejar sesuatu. Dari situ aku dapat melihat 'kubur' ecahh dari jauh kerana aku telah menandakan nya dengan sebatang kayu. Apabila teringat pada ecahh serta merta air mata aku menitik terkenang kan kembali kenakalan ecahh. seronok sangat waktu tu. Pernah satu hari tu ketika ecahh tengah seronok bermain aku menangkap ecahh. habis tangan aku di cakar nya. sampai sekarang kesan calarnya masih ada. namun sekali lagi ia mampu meninggalkan kenangan yang tidak mampu aku lupakan sepanjang hayatku. Aku dongak kan kepala aku ke langit melihat petang ingin melabuhkan tirai nya dan malam akan menjelma pula. Dengan melawat ecahh sedikit sebanyak hilang kerinduan ku pada ecahh. aku mula bangun menghampiri 'kubur' ecahh. ku kuis-kuis kan tanah seolah-olah aku tengah mengusap badan ecahh. "Ecahh... angah balik dulu ea.. nanti kalu angah tiada kelas angah datang lagi ea... bye ecahh selamat malam..." selalu nya begitu lah aku lakukan sebelum aku hendak masuk tidur. tetapi sekarang ecahh dah tiada. menitik lagi air mata aku. setelah puas aku berjalan pulang ke rumah.. Di Rumah... "Angah pergi mana? hari ini kan tiada kelas? kata tak pergi mana-mana? kenapa balik lambat.?" Ibuku sudah memulakan bicara nya, yang sudah biasa aku dengar dari kecik sampai lar besar. tapi aku tetap menjawab walau pun agak rungsing dengan setiap pertanyaan nya.. "Angah tak pergi mana-mana pun... angah pergi melawat ecahh jer tadi, rindu sangat dengan ecahh." jawapan yang cukup jelas untuk hentikan segala kerisauan ibuku. "ermmm ingatkan pergi mana tadi." "dah lar pergi lar mandi, nanti makan tu ha mak ada buat laksa." " ermm kejap lagi angah makan lar." Langkah ku terus masuk ke bilik.. meniggalkan ibu ku yang menonton tv. Dalam bilik.. aku termenung lagi memandang ke luar tingkap aku teringat kan ecahh lagi.. menitik lagi air mata... ermmm nampaknya aku tidak boleh berhenti kenangkan ecahh, ecahh sentiasa dalam hatiku... "Ermmm ecahhhh......"
0 kata anda:
Post a Comment