myspace layouts

...Hai...

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Ibu dan Ayah ~3~

“selamat pagi cik aira”,

“Ea selamat pagi”, sepatah yang di sapa, sepatah juga yang di jawabnya, selalunya aira bukanlah begini sikapnya, aira peramah orangnya dan begitu baik terhadap staf-stafnya di pejabat.

“cik aira hari ini ok ker?, Nampak macam tak sihat sahaja?”, Pembantu peribadi aira,manisah mengambil keputusan untuk bertanya akan sebabnya aira muram hari ini. Manisah begitu ambil berat akan orang atasan nya, bukan apa selama hari ini bosnya juga selalu mengambil berat akannya bukannya dia hendak menjaga tepi kain bosnya pulak..

“saya ok hari ini manisah, tak ada apa-apa, Cuma penat sikit, kenapa manisah awak tanya saya?’, begitu sopan sekali menjawab pertanyaan stafnya, bukan seperti sesetengah bos akan marah stafnya jikalau banyak bertanya.

‘tak adalah selalu cik aira akan beli sarapan, macam-macam cik aira beli sampai kenyang saya kalau makan dengan cik aira, lepas tu tengah hari saya tak pernah pergi makan. Risau juga saya kalau cik aira tak makan sarapan macam selalu”,

“tak ada apa-apa lah manisah, Cuma nak tukar angin jew”,

“Eh manisah hari ini saya ada meeting kan dengan Board Director untuk saya bentangkan kertas kerja berkenaan dengan kewangan projek tu”,

“a’ah lar cik aira lupa saya nak beritahu, meeting tu di tunda ke hari esok petang katanya Pengarah ada hal lain, setiausaha nya yang email tadi lupa pulak saya nak inform cik aira”,

“tak apalah nisah, manusia tak lari dari sifat lupa, kalau macam tu hari ini tak adalah saya sibuk sangat kan?”, masih lagi bertanya pembantu nya mungkin untuk merancang sesuatu.

“a’ah cik aira hari ini dalam jadual tak ada meeting yang kena attend, boleh lah cik aira rehat sikit”,

“ok, apa kata nanti makan tengah hari awak makan sama dengan saya nak tak nisah? Atau awak ada temu janji lain?”,

“eh! Tak ada lah cik aira, saya mana ada temu janji lain, ok lah cik aira nanti saya keluar makan dengan cik aira ea”,

“ok! Jangan lupa ea”,

“yup, ok cik aira... saya keluar dulu ada kerja sikit nak buat”,

“baik nisah”, aira hanya memerhatikan sahaja langkah manisah keluar dari bilik nya. Menarik lafaz lega kerana boelh juga merehatkan badannya yang letih pulang dari kampung. Rasanya badannya sahaja yang berada di KL tetapi jiwa dan hati nya masih berada di kampung, walaupun cuti lama tapi masih belum puas lagi.


**********




...Khas untuk mr secret...


rainbow glitters


p/s : pelangi nie khas untuk mr secret... supaya hari-harinya akan indah didlm berusaha untuk memikat diana, semoga mr secret ceria-ceria selalu seperti pelangi yang indah warna nya,.. hope mr secret suka ea..
p/s : Mr Secret sila lah amik hadiah nie..



Friday, June 25, 2010

Ibu dan Ayah ~2~

“ibu, ibu, jangan pergi ibu, aira sayang kan ibu.... ibuuuuu “,

Aira terjaga dari tidur kerana tubuhnya di goncang dengan kuat oleh teman rumahnya yang terdengar akan igauan aira,
“aira!, kau ni kenapa? Bukan ke ibu kau ada kat kampung mana ada pergi mana-mana, aku rasa kau mungkin rindu sangat dengan ibu kau nie agaknya, tapi aku rasa kau baru balik jer kan dari kampung”,

“aku mintak maaf intan, aku Cuma teringat kat ibu aku jer, lagipun aku mana ada ibu lain lagi,..

Nie ha aku peluk kain batik ibu aku sampai terbawa-bawa dlm mimpi.. aku mintak maaf lar ea intan kalau aku terkejut kan kau,.. kau pergi lar tidur balik intan”,

“tak apa lar aira aku ok jer... betul nie kau tak ada apa-apa..? ‘,

“aku ok intan, thanks ok”,

“it’s ok lar no hal, aku sambung tidur dulu ea”,

“ok “,

Aira memandang sepi ke arah temannya yang keluar dari bilik ,.. aira pula kembali merebahkan tubuhnya.. tetapi matanya tidak kembali lelap, apabila sudah terjaga begini dengan mimpi buruk susah pula untuk melelapkan mata kembali..,
Akhirnya aira kembali terlena apabila dia berzikir, dan membaca doa...
Waktu subuh tadi aira bangun untuk menunaikan tugas sebagai seorang hamba Nya,.. selepas habis berdoa dia bertelengku sebentar di atas sejadah,..mengingat kembali mimpinya.. terus dia mencapai telefon bimbitnya menelefon ibunya..

“hello, assalammualaikum ibu,.. ibu tengah buat apa...?’,

“waalaikummussalam aira,.. anak ibu nie kenapa pagi-pagi lagi dah telefon ibu.. kenapa aira?”,

“alar saje jew nak kacau ibu pagi-pagi nie,.. ayah mana ibu..?”,

“ada kat kebun agaknya jalan-jalan tengok hasilnya...”,

“aira!..kenapa ni nak? Aira ada masalah ke? “,

“tak ada apa ibu, Cuma semalam aira mimpi kan ibu jer”,

“alah, aira tak ada apa lah tu, mimpi jer tu... jangan ikut sangat hati tu, nie aira xkeje ker sayang...”,

“aira keje ibu, kejap lagi aira pergi lah..”,

“ok nanti pergi kerja hati-hati ea sayang”,

“baik ibu!,.. ibu nanti kirim salam dengan ayah ea ibu..”,

“insyaALLAH aira nanti ibu beritahu ayah ea..”,

“ok lah ibu, aira nak pergi kerja dulu lar ea ibu,.. assalammualaikum ibu,...”,

“ea lah aira hati-hati.. waalaikummussalam..”,

                                                             ******************


p/s : harap layan ea cite nie...








Related Posts with Thumbnails

...ermm...