myspace layouts

...Hai...

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Ibu dan Ayah ~3~

“selamat pagi cik aira”,

“Ea selamat pagi”, sepatah yang di sapa, sepatah juga yang di jawabnya, selalunya aira bukanlah begini sikapnya, aira peramah orangnya dan begitu baik terhadap staf-stafnya di pejabat.

“cik aira hari ini ok ker?, Nampak macam tak sihat sahaja?”, Pembantu peribadi aira,manisah mengambil keputusan untuk bertanya akan sebabnya aira muram hari ini. Manisah begitu ambil berat akan orang atasan nya, bukan apa selama hari ini bosnya juga selalu mengambil berat akannya bukannya dia hendak menjaga tepi kain bosnya pulak..

“saya ok hari ini manisah, tak ada apa-apa, Cuma penat sikit, kenapa manisah awak tanya saya?’, begitu sopan sekali menjawab pertanyaan stafnya, bukan seperti sesetengah bos akan marah stafnya jikalau banyak bertanya.

‘tak adalah selalu cik aira akan beli sarapan, macam-macam cik aira beli sampai kenyang saya kalau makan dengan cik aira, lepas tu tengah hari saya tak pernah pergi makan. Risau juga saya kalau cik aira tak makan sarapan macam selalu”,

“tak ada apa-apa lah manisah, Cuma nak tukar angin jew”,

“Eh manisah hari ini saya ada meeting kan dengan Board Director untuk saya bentangkan kertas kerja berkenaan dengan kewangan projek tu”,

“a’ah lar cik aira lupa saya nak beritahu, meeting tu di tunda ke hari esok petang katanya Pengarah ada hal lain, setiausaha nya yang email tadi lupa pulak saya nak inform cik aira”,

“tak apalah nisah, manusia tak lari dari sifat lupa, kalau macam tu hari ini tak adalah saya sibuk sangat kan?”, masih lagi bertanya pembantu nya mungkin untuk merancang sesuatu.

“a’ah cik aira hari ini dalam jadual tak ada meeting yang kena attend, boleh lah cik aira rehat sikit”,

“ok, apa kata nanti makan tengah hari awak makan sama dengan saya nak tak nisah? Atau awak ada temu janji lain?”,

“eh! Tak ada lah cik aira, saya mana ada temu janji lain, ok lah cik aira nanti saya keluar makan dengan cik aira ea”,

“ok! Jangan lupa ea”,

“yup, ok cik aira... saya keluar dulu ada kerja sikit nak buat”,

“baik nisah”, aira hanya memerhatikan sahaja langkah manisah keluar dari bilik nya. Menarik lafaz lega kerana boelh juga merehatkan badannya yang letih pulang dari kampung. Rasanya badannya sahaja yang berada di KL tetapi jiwa dan hati nya masih berada di kampung, walaupun cuti lama tapi masih belum puas lagi.


**********




0 kata anda:

Related Posts with Thumbnails

...ermm...